Friday, November 23, 2007

HARI KETUJUH & TERAKHIR


Hari ini 25 November 2007 (Ahad) ialah hari terakhir Kem KPerak Kidz di Sungai Siput. Murid-murid kelihatan sangat gembira menerima sijil penyertaan mereka masing-masing termasuk murid-murid dari sekolah orang asli. Yang Berbahagia Dato Yaacob bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif, KPerak INC Corporation, telah turut hadir menyampaikan sijil-sijil. Beliau dan rombongan juga turut menyaksikan persembahan dari murid-murid dan hasil kerja mereka. Ianya amat memberangsangkan dan amat berpijak di bumi nyata.


Kami guru-guru pengiring serta murid-murid dari sekolah luar bandar dan orang asli amat berterima kasih kepada Dato yang telah memilih sekolah kami dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perak, Ipoh untuk menyertai kem ini. Kami mendoakan supaya kem ini diteruskan lagi di tahun hadapan, dan menjemput ramai lagi murid-murid sekolah luar bandar dan orang asli yang tidak berkesempatan hadir di kem-6 kali ini. Semuga dengan budi baik Dato dan KPerak Kidz akan mendapat restu daripada Aallah swt.



HARI KEENAM










Hari ini 24 November 2007 (Sabtu) hari kedua terakhir. Perjalanan kem diteruskan seperti dijadualkan. Sesi pagi diadakan senaman pagi diikuti dengan sarapan pagi.

Kelas dimulakan pada jam 8.30 pagi dikendalikan oleh Cik Zana dengan dibantu oleh fasilitator. Tahniah kepada semuanya yang hingga ke saat akhirpun masih bertenaga mengandalikan kem yang diamanahkan. Cik Zana dapat mengawal keadaan kelas dengan bilangan murid-murid yang agak ramai. Syabas !

Pada jam 10.00 pagi sebagai tanda kenangan diadakan sesi bergambar antara guru-guru pengiring dan fasilitator-fasilitator dan jawatankuasa. Sesi kem diteruskan mulai jam 11.00 pagi dengan murid-murid dipimpin mengendalikan keusawanan dan guru-guru diteruskan dengan membuat blog. Guru-guru dilihat sangat berminat untuk menghasilkan blog yang terbaik.

Sesi petang dilanjutkan dengan riadah. Murid-murid kelihatan masih berminat melaksanakan aktiviti masing-masing walaupun mereka mengaku agak letih.

Pada malamnya jam 8.00 malam diadakan jamuan penutup bagi meraikan murid-murid, guru-guru pengiring serta fasilitator-fasilitator dan jawatankuasa yang telah bertungkus lumus mengandalikan dan memastikan kem k-perak kidz ini berjaya sepenuhnya dijalankan demi faedah anak-anak Perak khasnya yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Kepada semua pihak yang telah menjayakan kem k-perak kidz ini, saya dan guru-guru mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan anda dan keluarga sentiasa dirahmati Allah swt hendaknya. Insya Allah.

Thursday, November 22, 2007

HARI KELIMA



Hari ini 23 November 2007 (Jumaat) kem diteruskan seperti dijadualkan. Pagi diadakan senaman pagi diikuti dengan sarapan pagi. Pada jam 8.30 pagi sesi kem kperak kidz dimulakan dengan murid-murid mempelajari org. impress.

Murid-murid dibimbing oleh Cik Zana dengan dibantu oleh fasilitator dengan kerjasama cikgu-cikgu pengiring. Murid-murid dilihat sangat berminat menyiapkan slide masing-masing mengikut kumpulan. Cik Zana dilihat tidak jemu-jemu menunjuk ajar kepada murid-murid.

Pada sebelah petang diadakan permainan sukanika untuk memupuk semangat bekerjasma di antara peserta kem. Di sini secara tidak langsung dipupuk semangat muhibbah yang mana menjadi keperluan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Kem diteruskan pada sebelah malam dengan pengajaran yang menarik. Murid-murid sangat berminat melaksanakan kerja yang diarahkan. kem ini dijangka berjaya mengcungkil minat di kalangan murid-murid orang asli terutamanya.

HARI KEEMPAT








Pada hari ini 22 November 2007, sebelah pagi murid-murid melakukan senaman pagi pada jam 7.00 pagi dikelolakan oleh fasilitator. Guru-guru juga turut mengikuti senaman pagi. Murid-murid masih meneruskan pelajaran berkaitan dengan komputer seperti aplikasi hamparan kerja, matematik dari internet. Seperti biasa sebelah petang mereka dibawa untuk riadah.

Sejak hari pertama, kelas disambung pada waktu malam bermula dari jam 8.00 malam. Murid-murid diajar promosi produk sementara guru-guru pula diajar penyelenggaraan perkakasan, mail-merge dan membuat blog. Pelajaran-pelajaran ini sangat berfaedah untuk murid-murid dan guru-guru. Tahniah dan syabas diucapkan kepada fasilitator dan jawatankuasa kperak kidz.

HARI KETIGA








Pada hari ketiga 21 November 2007 murid-murid diajar mengenai aplikasi pemprosesan perkataan dan menulis karangan bertajuk "Diri Kami". Saya melihat mereka merasa sangat gembira dan ceria. Saya yakin mereka mendapat manafaat daripada Kem K-Perak Kidz ini. Ianya sangat bermanafaat kepada murid-murid sekolah.

Pada sebelah petangnya murid-murid dibawa bermain dan berriadhah di kawasan lapang. Dilihat mereka sangat gembira dan menunjukkan kerjasama diantara satu sama lain. Ini memupuk semangat muhibbah di antara murid-murid terutama dengan murid-murid orang asli.

HARI KEDUA


Pada hari kedua 20 November 2007 murid-murid diajar mengenai pengenalan internet, lukisan digital, kemahiran menggunakan hardware komputer seperti tetikus, papan kekunci dan lain-lain yang berkaitan. Saya lihat mereka berasa sangat gembira. Mereka juga mendapat kawan-kawan baru. Guru-guru pula membantu fasilitator mengurus murid. Tiada aktiviti khas untuk guru.

HARI PERTAMA

Pada hari Isnin 19 November 2007, saya Cikgu Mohamad Zamri dan Cikgu Husnul Hadi bersama dengan tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan bertolak ke Pusat Latihan KEMAS, Sungai Siput kerana mengikuti kem K-Perak Kidz selama tujuh hari.

Kamilah yang paling awal tiba iaitu pada jam 9.20 pagi. Setelah melapor diri dan mendaftar, kami diberi tempat tinggal dan keperluan lain. Pada mulanya saya lihat murid-murid kelihatan seperti 'takut'.

Pada jam 2.30 petang kami diberi taklimat tentang kem k-perak kidz. Di sini murid-murid mula kelihatan ceria dan gembira kerana terpilih. Mereka tahu mereka akan mendapat manafaat dan faedah daripadanya. Alhamdulillah.